Friday, October 23, 2009

busy!

dah lame tak update blog nih. al maklum la busy memanjangkan. skrg nih pon tgh busy ngan assingment, klas, n mcam mcam menda yg perlu diuruskab. bila dah busy takde mase la nk update blog nih. so byak menda nk ceritakan sbnrnya tapi... ssah nk luahkan kan sini sbb terlalu byak masalah yg dialami smpai tak sanggup nk pendam sorang2. kalo ingat balik sume masalah nih mmg sakit ati la kan, tapi nk buat mcam mane terpaksa lalui liku liku kehidupan nih setiap hari. kenapa dunia nih tidak adil eh? kenapa perlu ada masalah yg tak diingini dlam satu masa? adoiyai!!! ini lah lumrah kehidupan dan dunia realiti sbenarnya kan. mmg perit utk lalui sume masalah nih sorang2 tapi nk buat mcam mane kan perlu tabah menghadapi dugaan hidup nih. byak yg perliu di ceritakan dkat blog nih, tapi masa tidak mengizinkan la. nnti blog ni akan di update lgi dgn cerita2 yg hangat hakahak. sorry guys see u soon k.




written by afikmoshi

Tuesday, September 1, 2009

art work for videography.

subject videography baru je start beberape mggu lpas. subject nih kalau nk di ikutkan mmg la best kan sbb subject nih memerlukan kepakaran untuk merakamkan sesuatu moment2 yg bergerak di sekeliling kita. untuk subject nih first assignment yg diterima ialah membuat poster filem. poster filem yg akan dihasilkan itu bertemakan 1 malaysia. mula2 agak payah jgak nak memikirkan poster nih. ilham untuk melakarkan poster ini terjadi pada 1 september 2009 waktu selepas sahur. so dah dapat ilham terus jea hasilkan sebuah poster filem. inilah hasil yg dapat di tonjolkan.




first impession




second impression

third impression akan di upload nnti untuk final touchup sume la kan. harap2 filem ini akan diterima oleh semua golongan masyarakat tak kira usia. hehehe. merepek aje kan3.




written by afikmoshi

luahan perasaan

berkurun lamanya tak updated blog nih kan. mungkin disebabkan busy memanjang sampai takde masa nk update blog nih. adeh. maklum jela skrg da masok semester baru study pon makin ssah plak kan. so makin menimbun nimbun assignment yang diterima. kadang kadang tefikir jgak kenapa kita perlu belajar semua benda tuh sedangkan yang kita nak tumpukan hanya satu bidang saje. mungkin dunia sekrang nih ssah nk mendapt pekerjaan dan sbb itulah banyak graduan yang berkelulusan tinggi menganggur sampai skrg. pengganggur manegganggap pekerjaan yg mereka dapat itu tidak setaraf dengan kelulusan yg mereka ada. bayangkan lah dah blajar tinggi tinggi gaji yg ditawarkan ciput saje mcam mane nk byar balik pinjaman yg dibuat semasa belajar dulu. alamak!!! dah tersimpang jauh dah nih. al maklum jela kan bila dah updated blog nih mcam mcam boleh keluar kan. merapu je aku nih. back to the topic keyh. masa berubah begitu pantas tanpa disedari, dan banyak jgak aku mengenal erti kehidupan yg sebenar. hari nih dah masok 1 september 2009 iaitu aku telah bertukar menjadi seorang yg dewasa dan lbih matang. dengan kehiduapn aku sekarang aku lbih bahagia dan gembira sbb sekrang aku dah bergerak sendirian kerana dalam hidup sekrang nih tade dah erti kata sahabat karib. sbb kalau nak diikut kan sahabat karib adalah kwan yg pling rapat dgn kita dan sentiasa berkongsi pelbagai masalah di antara satu sama lain. tetapi sekrang dah bertukar menjadi musuh pulak dah takde maksud sahabat karib dlam diari aku. sekrang dunia dah maju dan mcam2 orang boleh lakukan dkt kita sampai kita tak sedar yg dia sedang tikam kita daripada belakang. orang yg kita sangka baik dan percayai rupa rupanya adalah musuh dlam selimut. ssah nk digambarkan hati dan perasaan aku sekrang nih. terlalu banyak yg perlu diluahkaan tetapi apakan daya. bkan semua benda kita boleh ceritakan dekat orang ada yg boleh diceritakan dan ade yg tidak boleh diceritakan. biarlah aku pendam sorang sorang apeyg tersirat dlam hati aku nih. hurmm.. alamak sekrang waktu nak pegi class plak. nanti akan di updated lagi okeh. chiow.




written by afikafandi

Tuesday, August 18, 2009

busy!

kebusyan melanda blog akan di update soon. sorry guys.




written by afikmoshi.

Sunday, August 9, 2009

movies



G.I. JOE: RISE OF COBRA

From the Egyptian desert to deep below the polar ice caps, the elite G.I. JOE team uses the latest in next-generation spy and military equipment to fight the corrupt arms dealer Destro and the growing threat of the mysterious Cobra organization to prevent them from plunging the world into chaos.

Director Stephen Sommers (The Mummy, Van Helsing) adapts the beloved Hasbro G.I. Joe toy line with this Paramount Pictures production that pits the Global Integrated Joint Operating Entity against the evil forces of the organization known as Cobra. Dennis Quaid and Channing Tatum star as General Hawk and Duke Hauser, respectively, with Joseph Gordon-Levitt and Marlon Wayans leading the rest of the cast, including Sienna Miller, Ray Park, Rachel Nichols, Christopher Eccleston, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Saïd Taghmaoui, and Asian film star Lee Byung-hun.

this movies mmg tebaek kot.


written by afikmoshi

Thursday, August 6, 2009

hospital kuala lumpur.

today woke up kol 12 lbih mcam tuh sbb takde class arini tuh yg bgun lambt gile tuh. bhaha. then open my lappy check email, dgr lagu n doing some assignment. dlam kol 115 pm adni call sruh dtg college sbb ade something nk bgtaw. so trus siap2 nk pegi college. sementara tgh siap me msg dgn wak,

me : ape plan arini, ckp nk pegi karaoke jadi ker?
wak : aku on jea.
me : ok la kalo mcm tuh. aku gi amek adni dulu la.
wak : ouh right.

lpas tuh terus je grak pegi college then jumpa adni, yaya ang ila. time tuh ila tak berapa nk sihat. dye terus balik hostel sbb tak larat katanya. then me, adni ngan yaya terus gi library sbb ade something nk bgtaw kata dorang. so kitorang terus menuju ke library then borak2, cerita pasal masalah masing-masing and assignment. bila kitorang rancak beborak tetibe ila and yana call ajak gi hospital sbb diorang tak tahan nk demam. so kitorang terus pegi hostel utk amek diorang pegi hospital. then yg pegi hospital just me, adni, ila and yana.




around kol 4pm terus je menuju ke hospital besar kual lumpur. sampai2 je kat hospital tuh kaunter dah tutup sbb org terlampau ramai. kaunter tuh bukak balik dalam pkul 5 pm. so dkat 1 jam jgak la kitorang tggu kaunter tuh nk bukak balik. then bila kaunter tuh bukak je org ramai terus berkerumun pegi kat kaunter tuh. then ila and yana terus pegi amek number utk diperiksa. goshh ramai gila org kat hospital ni. nasib baik ade byak bilik utk org jmpa doktor. kalau tidak lambat je nk masuk jmpa doktor. smbil tgh menunggu giliran dorang nk masuk tuh sempat lagi kitorang bergambar sakan. bhahah.



apabila letih menunggu giliran



apabila kebuntuaan teleh menyelubungi diri.

lepas dah bergambar bagai kat hospital tuh. then dorang pon kena panggil utk check ape yg patut lah kan. after few minutes dorang masuk bilik doktor utk periksa dorang nih sakit ape lah kan. takut je kena h1ni or denggi risau lah kan sekrang nih mcam-mcam boleh berlaku. al maklum jela kan sekarang penyakit h1n1 nih semakin merebak dengan berleluasanya di serata dunia. negara malaysia sendiri tidak terkecuali dalam senarai penyakit tuh.terlupa plak nk bgtaw wak tak jadi pegi karaoke sbb ade kat hospital lagi nih. then terus je msg wak ckp tak jadi pegi la kan. lpas da pegi check tuh terus je pegi farmasi utk amek ubat plak la kan. dkat farmasi tuh tggu giliran lagi utk amek ubat. smentara tggu amek ubat ape lagi kan. kami beraksi sekali lagi la kan. hahaha.




khalilah and zayanah awatif.


lpas dah penat menunggu akhirnya dorang dipanggil utk amek dorang punye ubat. lpas tuh kitorang terus je keluar drpd hospital tuh. then call org kat cllge tuh sruh amek dorang berdua. tggu dlam 15 minutes mcam tuh la. dlam kol 710 pm mcam tuh. me terus jea annta adni balik rumah and terus beransur pulang ke rumah masing-masing. sbb masing-masing dah penat gile gaban dah arinih. tuh la cerita utk ari ni okeh.



written by afikmoshi.

Wednesday, August 5, 2009

lumrah kehidupan

saban hari kita melalui liku2 kehidupan yg amat berbeza. kadang- kadang ia akan membuatkan kita gembira dan ia juga boleh membuatkan kita terasa bagaikan dihimpit dengan pelbagai kesedihan. perkara yg baik selalu datang dan pergi dengan begitu pantas tanpa disedari. kadang kala perkara yg malang menimpa kita sehingga kita menjadi tidak tentu arah untuk menghadapinya sendiri. tidak semua perkara yg kita hadapi itu datang dengan sengaja tetapi ada juga perkara yg menimpa kita tanpa kita sedari bahawa perkara itu sangat berharga dan bernilai. kebanyakkan hari yg kita tempuhi adalah hari-hari yg tinggi nilainya dan kita tidak boleh mengulangi perkara yg kita sudah hadapi di masa lampau. kadang-kadang masalah yg menimpa kita akan berdiam diri kerana tidak mahu meyusahkan orang lain dan tidak mahu orang lain risau terhadap masalah yg kita sedang tempuhi. kadang2 kita akan menceritakan masalah kita kepada orang lain kerana tidak tahan utk menangggung masalah ituh seorang diri. kalau kita merahsiakan masalah yg begitu rumit untuk kita selesaikan kemungkinan kita akan rasa tertekan sehingga kita jatuh sakit kerana masalah itu terlalu berat untuk ditanggung seorang diri.

kadang kala kita malu nk menceritakan hal yg sebenarnya kepada orang lain walhal perkara atau masalah yg ditanggung begitu rumit utk diselesaikan seorang diri. orang yg begitu rapat dengan kita sahaja yg boleh kita ceritakan berbagai-bagai masalah kita sedangkan orang itu hanya berdiam diri tidak tahu untuk menyelesaikan masalah yg kita hadapi. apabila kita menceritakan kepada orang yg tidak berapa rapat dengan kita, tentu ada yg menyebarkan cerita sehingga masalah itu menjadi cerita putar belit atau perkara itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. kadang-kadang orang yg kita percaya selama ini telah menghancurkan hidup kita sehingga porakperandakan perhubungan kita dengan rakan-rakan yg lain sehingga mencetuskan pergaduhan yg tiada hentinya walhal perkara itu cuma perkara yg amat kecil untuk diselesaikan.

kenapa dunia ini sungguh tidak adil bagi kita untuk meneruskan kehidupan kita. kita perlu sedar bahawa tuhan yg menentukan segala percaturan kehidupan kita didunia ini. beginilah lumrah kehidupan seseorang manusia di muka bumi ini. kalau kita tidak diberi dugaan atau cabaran hidup ini kita tidak akan hidup dengan tenang dan aman. kita hidup di muka bumi ini bukanlah seorang insan yg sempurna kerana tidak ada seorang pun yg hidup di muka bumi ini seorang yg sempurna hidupnya. renungi dan fahami erti lumrah kehidupan di muka bumi ini.




written by afikmoshi